Sunday, October 11, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Kenapa perempuan melayu senang dirasuk?
Kes ini berlaku betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya? Kita ikuti percakapan antara bomoh Melayu dengan Ketua Jin mengenai kes histeria di sekolah kat BSB..

Misteri di Asrama Puteri terjawab!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam..!!”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab….

“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan. Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”
“Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…”

Aduhai… kekekeekeeee…

Apa akan terjadi jika anda berhenti rokok sekarang?



Dalam masa 20 Minit:
Tekanan darah kembali normal.
Denyutan nadi kembali normal normal.
Suhu badan pada tangan dan kaki kembali normal.

Dalam masa 8 Jam:
Paras karbon Monoxida di dalam darah kembali normal.
Paras oksigen di dalam darah meningkat ke paras normal.
Bau pernafasan perokok hilang.


Dalam masa 24 Jam:
Peluang anda untuk diserang sakit jantung sudah menurun.

Dalam masa 48 Jam:
Saraf baru akan menumbuh kembali.
Kemampuan and untuk menghhidu dan merasa akan bertambah.

Dalam masa 72 Jam:
Saluran tenggorok lebih rehat dan pernafasan lebih selesa.
Pengisian paru-paru bertambah dan menjadikan mudah untuk menjalankan aktiviti lasak.

Dalam masa 2 minggu – 3 minggu:
Peredaran darah bertambah.
Berjalan terasa lebih mudah. (tidak terasa bergoyang)
Fungsi paru-paru meningkat pada paras 30%.

Dalam masa 1 bulan – 9 bulan:
Batuk, hidung tersumbat, kelesuan dan pendek pernafasan akan menurun.
Pada keseluruhannya paras tenaga badan mulai meningkat.

Dalam masa 1 tahun:
Bahaya jangkitan kuman saluran jantung separuh daripada perokok.

Dalam masa 2 tahun:
Risiko serangan jantung menurun hampir ke paras normal.

Dalam masa 5 Tahun:
Kadar kematian kanser paru-paru bagi yang menghisap sekotak rokok sehari menurun hampir separuh daripada bukan perokok.
Risiko serangan strok telah berkurangan.
Risiko kanser mulut, tekak dan saluran kerongkong sudah separuh daripada orang yang tidak merokok.

Dalam masa 10 Tahun:
Kadar kematian akibat kanser paru-paru hampir sama dengan orang yang tidak merokok.
Sel-sel yang bakal menjadi barah sudah digantikan.

Dalam masa 15 Tahun:
Risiko serangan kuman saluran jantung telah menyamai orang yang tidak pernah merokok.

Yang Dinamakan Betul, Bagus dan Berjaya...
Salam ceria, salam sayang, salam persahabatan buat Anda, Moga hari ni Anda sihat hendaknya.

Hari ni mari bersama-sama memperbetulkan diri, mana tahu ada perangai kita di masa lalu yang tak betul lalu menimbulkan situasi yang kurang betul. Selama namanya kita manusia biasa, tak ada orang yang perangainya semua betul, mesti ada yang salah sikit-sikit, silap sikit-sikit. Jadi, dari kesilapan itulah kita belajar apa yang betul, lepas tu kita buat betul-betul.

Dalam keluarga, ada adik beradik kita yang perangainya betul dan ada yang perangainya kurang betul, maksudnya kurang bagus. Dalam diri kita sendiri ni pun, kekadang ada satu masa kita bagus, attitude kita bagus. Pada masa yang lain, attitude kita jadi kurang bagus, kita jadi kurang bagus.

Dari situlah kita kena memahami cemana nak kawal perasaan kita, emosi kita. Yang dinamakan betul, biasanya yang positif, yang mendatangkan hasil-hasil positif. Orang yang mencapai kejayaan, dulu dia tak semua betul, ada saja perbuatannya yang salah, ada saja usahanya yang silap.

Tapi yang membuatkan diri jadi orang berjaya adalah kerana dia belajar perkara yang betul lepas tu dia buat. Sesetengah orang, dia belajar perkara yang betul, dia faham tapi dia tak buat. Hasilnya berbeza. Walaupun dia tahu perkara yang betul tapi yang ruginya dia tak buat, kesannya tak dapatlah hasil yang betul.

Gitu juga dengan perangai positif. Orang kita dah ramai tahu sikap positif tu cemana - perangai bagus, hati bagus, kata-katanya bagus, tapi sendiri tak buat, kekadang lupa. Bila kita bergaul dengan orang yang perangainya kurang positif, perangai kita pun akan jadi macam tu juga, berubah tanpa kita sedari. Kita cepat terbiasa dan pada pandangan kita, perubahan itu normal sedangkan pada hakikatnya tidak.

Mulai hari ni, kita kena berubah ke arah kebagusan, kebagusan dalam ibadah, dalam kekeluargaan dan dalam perniagaan, bagi Anda yang bergelar usahawan. Ingatkan diri sendiri supaya berperangai bagus, terus berubah ke arah kebagusan walaupun sendiri dah mencapai tahap yang sememangnya bagus.

Baguskan lagi tahap yang dah sememangnya bagus. Kan ke dalam laungan azan tu 5 kali sehari, kita seru supaya menuju kejayaan lalu mengajak orang turut sama lain menuju kejayaan? Agama kita sendiri awal-awal dah mengajak kita supaya menuju kebagusan, kerana kebagusan menemukan kita dengan kejayaan-kejayaan.

Usah cepat berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. Gapai lagi pencapaian lebih tinggi, selagi termampu.

Percayalah kita ada potensi untuk sampai ke tahap itu. Apa yang minda kita percaya kita boleh buat, tubuh badan kita akan mengikut. Set dalam minda Anda mahu jadi orang rajin, maka itulah yang akan jadi..

Slide Show..